Oleh: maulanusantara | Desember 24, 2008

Apakah Nubuat-nubuat tentang Isa Digenapi?

jesus1

 

Lama sebelum Isa dilahirkan, Alkitab mencatatkan nubuat tentang hidup dan kematian-Nya.

 

Perjanjian Lama (bahagian Alkitab yang ditulis sebelum kelahiran Isa) disiapkan pada 450 Sebelum Masihi, iaitu beratus-ratus tahun sebelum Isa dilahirkan. Apa yang menghairankan ialah para penulis dapat mencatatkan semua nubuat dengan terperinci.

Sebagai contoh, Perjanjian Lama mengatakan bahawa Isa akan dikhianati oleh seorang yang Dia mempercayai. “Bahkan sahabat karibku yang paling Aku percayai, orang yang makan bersama-sama Aku, telah berpaling menentang Aku” (Mazmur 41:9). Nubuat dalam Perjanjian Baru yang mencatatkan hidup dan kebangkitan Isa juga mengatakan bahawa salah satu di antara 12 pengikut yang Isa memilih menjadi sebahagian daripada golongan dalaman mengkhianati-Nya, “Kemudian, Yudas Iskariot, salah seorang daripada 12 pengikut Isa, pergi kepada para ketua imam dengan maksud untuk menyerahkan Isa kepada mereka.” (Markus 14:10).

Lebih daripada 300 nubuat seperti ini yang tercatat di dalam Perjanjian Lama digenapi melalui hidup, kematian dan kebangkitan Isa. Kemungkinan 8 daripada nubuat ini digenapi oleh seseorang adalah 1 dalam 100,000,000,000,000,000. Kemungkinan 48 daripada nubuat ini digenapi oleh satu orang pula — 1 diikuti dengan 157 angka sifar. Jadi, mustahil seseorang dapat menggenapi semua nubuat itu mengikut masa dan peristiwa berturut-turut, kecuali Isa sendiri. 

 

NUBUAT DIGENAPI

Salasilah Ibrahim

Kejadian 18:18  Keturunannya akan menjadi bangsa yang besar dan berkuasa, dan Aku akan memberkati semua bangsa di bumi kerana dia.

Kisah Rasul-Rasul 3:25 Janji-janji Allah yang disampaikan oleh nabi-nabi itu untuk saudara-saudara juga. Dalam perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan nenek moyang saudara-saudara, Allah berfirman kepada Ibrahim, “Melalui keturunanmu Aku akan memberkati semua bangsa di bumi.”

 

Salasilah Ishak

Kejadian 17:19  Tetapi Allah berfirman, “Tidak. Isterimu Sara akan melahirkan seorang anak lelaki untukmu dan engkau akan menamakan dia Ishak. Aku akan setia kepada perjanjian-Ku dengan anak itu dan dengan keturunannya selama-lamanya; perjanjian itu abadi.”

Matius 1:2  Ibrahim bapa Ishak; Ishak bapa Yakub; Yakub bapa Yehuda dan saudara-saudaranya.

 

Salasilah Yakub
Bilangan 24:17
  Aku melihat masa hadapan, aku nampak bangsa Israel. Daripada bangsa itu, seorang raja datang, raja itu seperti bintang cemerlang, yang muncul dari Israel.

Lukas 3:34  anak Yakub, anak Ishak, anak Ibrahim, anak Terah, anak Nahor.

 

Berasal dari suku Yehuda

Kejadian 49:10  Yehuda akan memegang tongkat kerajaan, keturunannya akan memerintah selama-lamanya. Bangsa-bangsa akan membawakan dia ufti, dan sujud dengan taat di hadapannya.

Lukas 3:33  anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda.

 

Dilahirkan di Baitlahim

Mikha 5:1  Tuhan berfirman, “Hai Baitlahim Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.”

Matius 2:1  Isa lahir di kota Baitlahim di negeri Judea, pada masa pemerintahan Raja Herodes…

 

Dilahirkan oleh seorang dara

Yesaya 7:14  Baiklah, Allah sendiri akan memberikan tanda  kepada tuanku: seorang perawan akan mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya, ‘Imanuel’.

Matius 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa Al Masih. Ibu-Nya, Maryam, bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maryam sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah.

 

Bayi-bayi dibunuh

Yeremia 31:15  TUHAN berfirman, “Di Rama terdengar ratapan, tangisan yang penuh kepedihan. Rahel meratapi anak-anaknya; dia tidak mahu dihibur kerana mereka sudah tiada.”

Matius 2:16  Apabila Raja Herodes sedar bahawa ahli-ahli kaji bintang dari timur sudah memperdayakannya, Raja Herodes murka. Lalu Raja Herodes memberikan perintah supaya semua anak lelaki di Baitlahim dan di sekitarnya, yang berumur dua tahun ke bawah dibunuh. Hal ini sesuai dengan keterangan ahli-ahli kaji bintang tentang masa bintang itu mula kelihatan.

 

Melarikan diri ke Mesir

Hosea 11:1  Tuhan berfirman, “Aku mengasihi Israel sejak dia masih kecil; Aku memanggil anak-Ku keluar dari Mesir.”

Matius 2:14  Yusuf bangun, dan pada malam itu juga dia membawa Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir.

 

Melayan di Galilea dan di sepanjang Sungai Yordan

Yesaya 9:1-2  Tanah suku Zebulon dan suku Naftali pernah dipermalukan. Tetapi pada masa hadapan, kawasan itu akan dihormati, iaitu dari Laut Tengah sampai ke tanah di seberang Yordan di sebelah timur, bahkan sampai ke Galilea tempat orang bangsa asing tinggal. Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang. Mereka tinggal dalam bayangan  segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang.

Matius 4:12-16  Isa…kembali ke Galilea. Dia meninggalkan Nasaret dan tinggal di Kapernaum, sebuah kota di tepi Tasik Galilea di daerah Zebulon dan Naftali. Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, “Tanah Zebulon dan tanah Naftali, yang menghala ke tasik, di seberang Sungai Yordan, Galilea, negeri orang bukan Yahudi! Bangsa yang hidup dalam kegelapan akan nampak cahaya yang gemilang! Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut, cahaya itu akan bersinar!”

 

Ditolak oleh bangsa Yahudi

Yesaya 53:3  Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia, kita pun tidak mempedulikan dia.

Yahya 1:11  Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia.

 

Sifat bijaksana dan pengertian

Yesaya 11:2  Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia, juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia.

Lukas 2:52  Isa bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.

 

Menunggang seekor keldai masuk ke Baitulmuqaddis

Zakaria 9:9  Bersukacitalah, hai penduduk Sion! Bersoraklah, hai penduduk Baitulmuqaddis! Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai, dengan mengenderai anak keldai yang muda.

Yahya 12:13-14  Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Isa sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Allah! Diberkatilah Raja Israel!” Isa mendapati seekor keldai muda lalu menungganginya. Dengan demikian berlakulah yang tertulis di dalam Alkitab.

 

Hari Dia masuk ke Baitulmuqaddis

Daniel 9:25-26  Ketahuilah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Baitulmuqaddis, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Baitulmuqaddis akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan. Pada akhir jangka masa itu, pemimpin yang dipilih oleh Allah itu akan dibunuh walaupun dia tidak bersalah. Kota Baitulmuqaddis dan Rumah TUHAN akan dimusnahkan oleh pasukan tentera seorang raja yang berkuasa. Akhir jangka masa itu akan tiba seperti banjir yang membawa peperangan dan kemusnahan yang telah ditentukan oleh Allah.

Nubuat ini merujuk kepada 483 tahun alkitabiah, mulai dengan hari Raja Persia, iaitu Artaxerxes, memberikan perintah supaya tembok Baitulmuqaddis dibina semula (Mac 5, 444 Sebelum Masihi). Tepat 173,880 hari kemudian — iaitu, pada hari Ahad Palma, Mac 30, 33 Setelah Masihi — Al Masih menunggang keldai masuk ke Baitulmuqaddis seminggu sebelum Dia disalibkan. Tempoh ini merupakan bilangan hari yang tepat meliputi 483 tahun alkitabiah. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan 30 hari dalam sebulan

 

Dikhianati oleh sahabat karib

Mazmur 41:9  Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai, orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku.

Markus 14:10  Kemudian Yudas Iskariot, salah seorang daripada dua belas pengikut Isa, pergi kepada para ketua imam dengan maksud untuk menyerahkan Isa kepada mereka.

 

Dijual untuk tiga puluh keping wang perak

Zakaria 11:12 Aku berkata kepada mereka, “Jika kamu rela, bayarlah upahku. Jika tidak, tidak usah.” Mereka pun membayar upahku sebanyak tiga puluh keping wang perak.

Matius 26:15  dan berkata, “Apakah hendak kamu berikan kepadaku jika aku menyerahkan Isa kepada kamu?” Mereka menghitungkan tiga puluh mata wang perak lalu memberikan kepadanya.

 

Wang digunakan untuk membeli tanah tukang periuk

Zakaria 11:13  TUHAN berfirman kepadaku, “Serahkan wang itu kepada tukang periuk!” — nilai tinggi yang ditaksir mereka bagiku. Lalu aku mengambil tiga puluh keping wang perak itu dan menyerahkannya kepada tukang periuk di rumah TUHAN. 

Matius 27:6-7  Para ketua imam memungut wang itu dan berkata, “Wang ini upah seorang pembunuh. Menurut Taurat kita, wang ini tidak boleh dimasukkan ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan.” Setelah bersetuju, mereka menggunakan wang itu untuk membeli tanah yang disebut Tanah Tukang Periuk. Tanah itu digunakan sebagai tempat perkuburan orang bukan Yahudi.” 

 

Diam ketika dituduh semasa pembicaraan

Yesaya 53:7  Dia diperlakukan dengan kasar, tetapi dia membiarkan diri ditindas tanpa sepatah kata pun diucapkannya. Seperti domba yang dibawa untuk disembelih; seperti biri-biri yang kelu di depan orang yang menggunting bulunya, dia tidak membuka mulutnya.

Matius 26:62-63  Lalu Imam Agung berdiri dan bertanya kepada Isa, ‘Tidakkah kamu mahu menjawab tuduhan yang ditujukan kepadamu?” Tetapi Isa diam sahaja. Sekali lagi Imam Agung berkata kepada-Nya, “Demi nama Allah yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah, iaitu Anak Allah?”

 

Menderita untuk orang lain

Yesaya 53:4-5  Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya. Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Allah baginya. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kerana hukuman yang ditanggungnya itu, kita sekarang selamat, kerana luka-lukanya kita menjadi sembuh. 

Matius 8:16-17 Apabila hari sudah petang, orang ramai membawa banyak orang yang kerasukan roh jahat kepada Isa. Dengan sepatah kata sahaja, Isa mengusir roh-roh jahat itu dan menyembuhkan mereka yang sakit. Hal itu terjadi supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi Yesaya: “Dia menanggung penderitaan kita dan menyembuhkan penyakit kita.”

 

Disalib bersama orang-orang berdosa
Yesaya 53:12 
Oleh itu Aku akan memberi dia kedudukan yang mulia, kedudukan di kalangan orang besar dan orang kenamaan. Dia rela mengorbankan nyawanya, dan dia dianggap sebagai orang jahat. Dia menanggung dosa banyak orang, dan berdoa agar mereka diampuni.

Matius 27:38  Dua orang penjahat juga disalibkan bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya.

 

Tangan dan kaki-Nya ditunus

Mazmur 22:17  Sekumpulan orang jahat mengelilingi aku; seperti sekumpulan anjing, mereka mengepung aku; mereka menyiat tangan serta kakiku.

Yahya 20:27  Lalu Isa berkata kepada Tomas, “Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tanganku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah ke dalam rusukku. Jangan ragu-ragu lagi. Percayalah.”

 

Diejek dan dihina orang

Mazmur 22:7-9  Tetapi aku ini ulat, bukan manusia, yang dipandang hina dan dicaci semua orang. Semua orang yang melihat aku mempermainkan aku; mereka menghamburkan hinaan, dan  menggelengkan kepala: “Dia percaya kepada TUHAN; tetapi mengapakah TUHAN tidak menyelamatkannya? Biarlah TUHAN membebaskan dia, sebab dia berkenan kepada-Nya.”

Matius 27:39-40  Semua orang yang lalu di situ mengelengkan kepala sambil mencemuh Isa. Mereka berkata: “Kamu mahu merobohkan Bait Suci lalu membinanya semula dalam tiga hari! Jika kamu Anak Allah, selamatkanlah dirimu dan turunlah dari salib!”

 

Diberikan air anggur masam untuk minum

Mazmur 69:21  Ketika aku lapar, mereka memberi aku racun; ketika aku dahaga, mereka memberi aku cuka.”

Yahya 19:29  Di situ ada sebuah bekas berisi air anggur masam. Maka mereka mencelupkan bunga karang ke dalam air anggur masam itu lalu dicucukkan pada hujung batang daripada pokok hisop, dan kemudian dihulurkannya ke bibir Isa.”

Rusuknya ditusuk dengan tombak

Zakaria 12:10  Aku akan mencurahkan roh suka mengasihani dan roh suka berdoa atas keturunan Daud dan atas penduduk Baitulmuqaddis. Mereka akan memandang dia yang telah mereka tusuk, dan akan berkabung seperti orang meratapi kematian anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pilu seperti orang yang kehilangan anak lelaki sulung.”
Yahya 19:34 
Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk Isa dengan tombak, dan pada ketika itu juga mengalir keluarlah darah bercampur air.

 

Askar membuang undi untuk jubah-Nya

Mazmur 22:18  Mereka membahagi-bahagikan pakaianku antara mereka, dan membuang undi untuk jubahku.”
Markus 15:24  Kemudian mereka menyalibkan Dia, lalu membahagi-bahagikan pakaian-Nya antara mereka dengan membuang undi untuk menentukan bahagian masing-masing.

 

Tidak satu tulang pun yang patah

Mazmur 34:20  TUHAN memelihara segala tulangnya, tidak satu pun yang patah.
Yahya 19:33  Tetapi apabila mereka sampai kepada Isa dan melihat bahawa Dia sudah meninggal, mereka tidak mematahkan kaki-Nya.

 

Dikebumikan di dalam kubur milik seorang kaya

Yesaya 53:9  Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat, dia dikebumikan bersama-sama orang kaya, walaupun dia tidak pernah melakukan jenayah dan tidak pernah berbohong.

Matius 27:57-60  Menjelang malam datanglah seorang kaya dari Arimatea yang bernama Yusuf. Dia juga pengikut Isa. Dia pergi menghadap Pilatus dan meminta jenazah Isa diserahkan kepadanya. Yusuf mengambil jenazah itu lalu  membalutnya dengan kain linen yang putih bersih. Dia membaringkan jenazah Isa di dalam kubur miliknya sendiri yang baru dipahat di bukit batu. Kemudian Yusuf menggulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu, lalu pergilah dia.

 

Dia bangkit daripada kematian

Mazmur 16:10  Sebab Engkau tidak akan membiarkan aku mati; dan tidak membiarkan Orang Kudus-Mu binasa.

Matius 28:9  Tiba-tiba Isa datang menemui wanita-wanita itu dan berkata: “Sejahteralah kamu.” Mereka mendekati Dia, memeluk kaki-Nya, dan menyembah Dia.

 

Dia diangkat ke syurga
Mazmur 68:18  Dia naik ke tempat yang tinggi, membawa ramai orang tawanan bersama-sama-Nya; Dia menerima ufti daripada manusia, bahkan daripada pemberontak. TUHAN Allah akan tinggal di sana. 

Lukas 24:50-51  Kemudian Isa membawa mereka ke luar kota sehinggai dekat Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka. Sementara Isa memberkati mereka, Dia meninggalkan mereka lalu terangkat ke syurga.[]

 

Source: http://www.whoisjesus-really.com/malay/preview.htm

 

About these ads

Responses

  1. hey,.,.
    Yesus, adalah Yesus,.,.bukan Isa!!!!
    Yesus bkn Isa!!!
    Nama Yesus nama yg berkuasa,.,.
    nama diatas segala nama,.,.
    Isa hanyalah akal-akalan muhamad, krn dia membenci nama Yesus!!!
    kalian jgn smbarangan mengubah nama Yesus menjadi isa!!!! tidak ada kuasa apa2 didlam nama isa!!!

    • itu hanya terjemahan saudaraku :) Yesus = Jesus = Yesuah = Isa
      hendaknya tidak meributkan nama tersebut, tapi nyatakan lah perbuatan Yesus, Ia yang mengajarkan mengasihi Bapa, sesama manusia, bahkan manusia yg menganiaya kita…

      • Ada tiga sifat mendasari manusia yang takut kepada yesus iaitu:
        1. Sifat iri hati
        2. Bersifat saytan
        3. takut bayang sendiri


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 98 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: